Assalamualaikum. It is now 23rd May 2014, 1:52am. This is a special entry as I am humbly would like to share my feelings right now, like, right now. So It will be in Malay to add on more emotion on this entry.
Ya Tuhan, terima kasih atas nikmat dan rezeki yg Kau beri. Dari segala sudut dan ruang, Kau berikan aku nikmat yang terkadang aku alpa pada Mu.
Ya Tuhan, syukur aku padaMu dalam kekhilafan hambaMu, aku diberi peluang untuk mendekatiMu. Kau berikan segala bentuk rezeki yang tidak disangka-sangka terhadap diri ini.
Ya Tuhan, aku malu memikirkan betapa banyak kekurangan diri ini, terkadang aku lupa mensyukuri nikmatMu. Terkadang aku solat dihujung waktu. Terkadang aku alpa dengan nikmatMu. Terkadang aku marah dengan perkara-perkara yang tidak/belum Kau perkenankan.
Tapi Kau Ya Tuhanku, tetap memberi hidayah. Tetap makbulkan doaku. Tetap memberikan aku kegembiraan yang selalunya tidak aku sedari.
Moga tawadhuk dan keimanan ku akan semakin bertambah dari hari ke hari. Menjadi muslimahMu yang solehah, ibu yang terbaik buat anak-anakku, isteri yang solehah dan bidadari syurga buat suamiku. Menjadi anak yang soleh untuk arwah abah dan mak yang telah tiada,moga doaku menempatkan mereka di syurgaMu.
Moga aku tidak pernah lupa melakukan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu. Semoga aku tidak lupa berterima kasih di atas pemberianMu. Moga aku tidak lupa bertahajjud, bertahmid, taubat dan munajat kepadaMu. Agar hatiku, tubuh badanku, diselubungi sifat-sifat mahmudah dan terhindar dari sifat-sifat mazmumah.
Bukan untuk bermegah-megah, ini sebagai peringatan pada diri sendiri sekiranya satu hari aku terlupa.kerana sesungguhnya aku amat takut akan nerakaMu...
Perasaan yang paling indah pernah Kau berikan, apabila dalam rendah hati, aku mengerjakan solat taubat. Meminta keampunan Mu, dalam sendu keinsafan. Indah sekali...kerana ketika itu aku terasa amat dekat denganMu ya Tuhan. Aku berpeluang bermonolog dengan Mu ya Tuhan.
Moga aku diberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan ini dan melakukan yang lebih baik lagi untuk diriku, keluargaku, bangsaku dan agamaku...semuanya kerana ALLAH...
Bukan niatku menjadi ustazah atau berpujangga, tetapi hati ini terpanggil untuk menulis sebagai rujukan ku di masa hadapan andai aku bongkak dengan Yang Maha Pencipta..
Akhir kata, sesungguhnya walau ketika dalam kealpaan ku yang terdahulu, aku tidak pernah sangkal akan kekuasaan dan Kun Fa Ya Kun mu ya ALLAH....
Doa penutup bicara "Kau bukakan hati dan lembutkan hati suamiku Zolkifli Saffar untuk mengerjakan solatMu, melakukan suruhanMu, meninggalkan laranganMu dan menjadi khalifah bagi membimbing keluarga ku...Ameen"
2:25am.